Monday, January 31, 2011

HiDuP SeGaN.. MaTi TaK MaHu..

Mimpi apa tiba2 pagi ni teringat nak jenguk ruang yang bukan setakat bersawang n berhabuk ni.. Mungkin dah nak 'reban' kot.. Bukan sebulan dua tak meng'update' tapi dah hampir setahun lamanya aku tak menjengah ke sini.. Banyak kisah yang terselit di lipatan tahun 2010.. Yang berlaku biarkan berlalu.. 2011 yang telah sebulan berlalu ni bukak kisah baru.. Mula2 nak jenguk ke sini susah jugak bukan sebab bersawang tapi sebab cari kunci tak jumpa.. Mujur jugak cuti sem so takda bizi nak kejar2 ke kelas, bole la berlama-lama di sini.. Puas jugak mengumpil pintu akhirnya berjaya jugak.. Usaha KUNCI kejayaan.. Bila dah lama tak mencoret ni idea pun makin berkurang, tak tau nak merapu apa.. So... kepada kwn2 yang bercuti selamat bercuti... buat kwn2 yg bekerja selamat berkhidmat dgn penuh tekun... Aku?? Setia menunggu ofis ni hehe....

Sunday, April 25, 2010

Sebulan Berlalu..

April bakal melabuhkan tirainya.. Hampir sebulan atau mungkin dah lebih dari sebulan aku tak meng'update' blog ni.. Bukan tak sempat cuma takda apa yg menarik nak dikongsi ngan kawan2.. Mungkin jgk kerana kekalutan melayan karenah pelajar2 yg bermacam ragam.. Suka, duka, ketawa, menangis tup2 dah pun berada di ujung semester.. hoorey!!! Kalah budak darjah satu girang hati nak menghabiskan saki baki jadual sekolah.. Pasni boleh rehat sekejap n kemudian sem yang baru akan datang bersama semangat yang baru lebih berkobar2 huhu

Friday, March 12, 2010

Khas Buat Sahabat

Buat sahabat yang tersayang..
Selamat Berangkat..
Semoga selamat pergi dan selamat kembali..
Rindu pasti menjengah kerana kita jarang terpisah lama..
Bagaimana nanti jika ditakdirkan kita berpisah..
Setiap pertemuan pasti menemui titik perpisahan..
Semoga saat itu kita tabah menhadapinya..
Bak kata HIJJAZ.. Kau sahabatku.. Kau teman sejati..

Monday, February 22, 2010

Ajal

Lena malam dikejutkan dgn satu sms yg berbunyi "Salam ustazah, kawan kita yg bernama.... telah kembali ke rahmatullah pg tadi".. Dek kerana mata yg teramat berat aku tak sempat membalasnya.. Pagi2 esoknya baru teringat nak tanya, sakit apa kawan kita tu.. Jawab student tu "Kemalangan jam 8 pagi semalam".. Setiap yg hidup pasti merasai mati.. daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.. Al-fatihah buat arwah Noraizat bin Mohd Nor (pelajar PTSS program DKM) yg telah kembali kepadaNya pd 20 Febuari 2010..