Thursday, October 29, 2009

Mengaji

Mengaji (bkn menggaji) ni kalo kat tempat aku seerti dgn membaca Al-Quran.. Tapi mungkin kat tempat lain, mengaji ni bermaksud belajaq.. Nak dijadikan cerita kat sini aku sebenarnya sedih dgn pelajar kita (bkn semua) yang tak tau mengaji hatta bacaan dalam solat pun tergagap-gagap.. Apa yang dihafal waktu kanak-kanak dulu ja yang masih melekat dlm hati (tu pun kalo melekatla) Ada jugak yang langsung tak kenal huruf disebabkan dek lamanya meninggalkan Al-Quran.. Mungkin Al-Quran ada di rumah/ di bilik tapi sekadar perhiasan atau dipegang ketika takutkan 'hantu' saja.. Bak kata pepatah melentur buluh bermula dari rebungnya.. Masih belum terlambat jika individu yang disebutkan ni masih mahu belajaq.. Semoga pintu hati yang tertutup dgn kegelapan ni kembali terbuka dgn sinaran nur Al-Quran..

Tuesday, October 27, 2009

PeNdiDiK..

Walau mcm mana penatpun.. Walau 'boring betol'.. Walau tarak idea.. Aku sbg pendidik kena jugak mengharungi cabaran ni.. Mendidik tanpa jemu.. Tak menghiraukan penat.. Dan berusaha mengorek idea2.. Akhirnya sampai jugak ke penghujung sem huhu ceria berpesta.. MERDEKA!!

Wednesday, October 21, 2009

TaRra..

Jeng.. jeng.. jeng.. aku dah kembali dari rehat yg panjang.. rehat sbg blogger ja.. keja lain2 still on hehe rindu dgn celoteh kengkawan.. rehat yg panjang memberi ketenangan pd jiwa huhu bizi sikit dgn hal2 semasa.. tp suara kwn2 yg memanggil cik fiz membuatkan aku teruja utk kembali ke dunia ni.. semoga hari2 yg mendatang akan lebih membahagiakan..

Monday, October 5, 2009

Happy Birthday..

Sekian lama tak menjenguk ke sini.. dah berhabuk dan bersawang (kata kawan aku).. hari ni mood jiwa2 kembali lg so rajinla sikit nak meng'update' blog ni.. sbb apa tiba2 ada mood plk ni huhu sebabnya hari ni genap usiaku 26 tahun (selamat hari lahir utk ku).. di usia yg semakin bertambah ni aku kena lebih matang kot dalam menilai dan membuat keputusan serta merencana perjalanan hidupku (insyaAllah jika dipanjangkan umo).. diharap kawan2 mendoakan kesejahteraan kesihatan untukku.. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah S.W.T.. Renung2kan dan selamat beramal...