Monday, January 11, 2010

Terpaksa@Dipaksa

Dalam kehidupan seharian, adakah kita mempunyai banyak pilihan? Bolehkah kita memilih apa yg terbaik utk diri sendiri? Dan adakah tepat pilihan yg dibuat? Persoalan2 begini sudah pasti timbul di sudut fikiran kita, setelah kita membuat keputusan yg mungkin kurang memuaskan hati.. Kadangkala kita terpaksa membuat keputusan walaupun saat itu kita tidak mampu memikirkan apa yg terbaik buat diri kita.. Hasilnya, kita akan mengeluh kesal di kemudian hari.. Namun penyesalan tidak akan merubah apa2.. Jadi bangunlah semula dan kuatkan semangat utk melangkah dan terus maju ke hadapan.. Yakinlah bahawa kita mampu melakukan apa yg dianggap sukar pd mulanya.. Kejayaan tidak akan datang menggolek di depan mata.. Memetik sepatah kata-kata seorang tokoh "Kita dilahirkan dgn kemampuan utk terbang, jd kenapa kita memilih utk merangkak".. Renung2kan dan selamat beramal...

Tuesday, January 5, 2010

Menyelusuri Sejarah

Penat kaki berjalan mengimbau kenangan di zaman kecilku.. Saat pak tani sibuk 'mengerat' dan 'memukul' padi.. Kini diganti dgn alatan canggih yg lebih menjimatkan tenaga pak tani.. Tp keseronokannya sedikit demi sedikit kian pudar.. Kalau dulu anak2 riang bermain di dalam petak sawah.. Sementara ibu dan ayah sibuk menuai padi membanting tulang 4 kerat.. Namun alatan yg digunakan ketika tu tak kurang canggihnya.. Muqaddimah yg agak pjg hehe..


Inilah tempat yg patut dikunjungi setiap individu yg makan nasi..


Tempat yg mengumpulkan khazanah ilmu seorang pak tani yg giat berusaha utk sesuap nasi..


Masihkah dapat kita lihat secara 'real' kegiatan ini di petak sawah??


Memetik kata seorang sahabat 'ke mana kita pergi tak penting, yg penting dgn siapa kita pergi'.. Terima kasih sahabat atas kata2 yg penuh bermakna tu.. Abaikan individu di belakang kami..



Monday, January 4, 2010

ILMU BARU

Perkataan baru yg dipelajari hari ni.. 'Kesipuan'.. Perkataan ni aku dengar di Perhimpunan Pagi di Dataran Dewan Undangan Negeri Perlis.. Bertambah perbendaharaan kata B.Melayu aku.. Tak sia-sia kehadiran aku ke sana.. Walaupun aku umpama 'semut merah' di kalangan mereka di sana..
Ilmu baru hari ni.. 'Lagu Perkhidmatan Awam' yg belum pernah aku nyanyi dan aku tak tau pun ada lagu ni.. Setelah 3 tahun berkhidmat barulah aku diperdengarkan dgn lagu ni huhu 'daratnya aku'.. Semoga apa yg aku dapat hari ni membuatkan aku lebih bersemangat utk menggiatkan usaha ke arah kejayaan..

Sunday, January 3, 2010

Nasik?? Nasi??


Makan2.. Nasik apa ni?? Cuma ada kuah ngan berlaukkan ayam goreng.. Aku yg tak berapa nak tamak ni dgn jayanya menghabiskan ayam goreng 2 ketul.. Tapi nasiknya yg teramat banyak melimpah ruah tak berjaya dihabiskan.. Setahu aku, nasik ni hanya ada di Perlis aja.. Tu pun hanya boleh ditemui di dua tempat saja.. Maksudnya cuma 2 org ja yg juai nasik ni.. Cubala teka!!! Jeng.. jeng.. jeng..