Sunday, April 25, 2010

Sebulan Berlalu..

April bakal melabuhkan tirainya.. Hampir sebulan atau mungkin dah lebih dari sebulan aku tak meng'update' blog ni.. Bukan tak sempat cuma takda apa yg menarik nak dikongsi ngan kawan2.. Mungkin jgk kerana kekalutan melayan karenah pelajar2 yg bermacam ragam.. Suka, duka, ketawa, menangis tup2 dah pun berada di ujung semester.. hoorey!!! Kalah budak darjah satu girang hati nak menghabiskan saki baki jadual sekolah.. Pasni boleh rehat sekejap n kemudian sem yang baru akan datang bersama semangat yang baru lebih berkobar2 huhu

Friday, March 12, 2010

Khas Buat Sahabat

Buat sahabat yang tersayang..
Selamat Berangkat..
Semoga selamat pergi dan selamat kembali..
Rindu pasti menjengah kerana kita jarang terpisah lama..
Bagaimana nanti jika ditakdirkan kita berpisah..
Setiap pertemuan pasti menemui titik perpisahan..
Semoga saat itu kita tabah menhadapinya..
Bak kata HIJJAZ.. Kau sahabatku.. Kau teman sejati..

Monday, February 22, 2010

Ajal

Lena malam dikejutkan dgn satu sms yg berbunyi "Salam ustazah, kawan kita yg bernama.... telah kembali ke rahmatullah pg tadi".. Dek kerana mata yg teramat berat aku tak sempat membalasnya.. Pagi2 esoknya baru teringat nak tanya, sakit apa kawan kita tu.. Jawab student tu "Kemalangan jam 8 pagi semalam".. Setiap yg hidup pasti merasai mati.. daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.. Al-fatihah buat arwah Noraizat bin Mohd Nor (pelajar PTSS program DKM) yg telah kembali kepadaNya pd 20 Febuari 2010..

Wednesday, February 10, 2010

PaNas

Lama tak menjengah ke laman ni.. Agak sibuk ngan student2.. Dan dalam cuaca yg agak panas terik otak pun tak dapat berfikir dgn tenang.. so.. utk jd blogger yg aktif dlm cuaca mcm ni agak susah bg aku.. Rehat yg agak lama.. Tahap kepanasan yg mcm ni menghalang byk aktiviti tak kira la fizikal atau mental.. Mcm2 penyakit yg singgah.. Sakit kepala, sakit tekak dan sakit2 yg lain.. Namun aku tabik ngan insan2 yg tak kering idea walaupun rumput dan dedaunan kering nan berguguran.. Teruskan usaha anda duhai teman..