Thursday, November 26, 2009

PB oooo PB...

Rasa semangat nak bekerja selepas rehat yg agak lama.. Rindu pd kwn2 ofis dan rindu pd kerja2 yg tertangguh seketika.. Bila dah mula kerja byk pulak benda yg kena fikir huhu.. PB ooo PB yg tak siap2 lg.. org lain dah bleh rilex kan otak tp aku masih ada lagi yg belum selesai.. belek punya belek akhirnya tinggal tak berapa kerat ja lg yang nak disiapkan.. so.. kita enjoy hehe.. bleh raya sakan dulu... Selamat Hari Raya Aidiladha pd kengkawan semua.. Maafkan salah silap daku..

Monday, November 2, 2009

aPo KoNo jANg??

Aku suka bebenor ngan lagu 'apo kono jang' ni.. Apa istimewanya lagu ni?? Ntahla.. Yg aku tau aku minat lagu ni sb citer yg ada dlm lagu ni.. pasal Milah yg disukai oleh Jang tp malangnya Milah akan kawen ngan org lain.. Memberontakla si Jang ni!! MUQADDIMAH je kisah ni.. Apa yang aku nak kata kat sini ialah apo kono ngan org yg suka sgt menegakkan benang yg basah.. Apa pasal ada org suka berdebat pjg lebar walaupun dia tau perkara yg dipertahankan tue salah.. Apasal ada org nak jugak bertanya walaupun dia dh ada jawapan dan kekal mempertahankan hujahnya yg tak berapa tepat.. Pelik tp benar!! Cuak ngan fi'il org sebegini tp tahan aje laaaa... Moga2 kesabaran yang kita pertaruhkan mampu membajai sifat mahmudah dlm diri..

Thursday, October 29, 2009

Mengaji

Mengaji (bkn menggaji) ni kalo kat tempat aku seerti dgn membaca Al-Quran.. Tapi mungkin kat tempat lain, mengaji ni bermaksud belajaq.. Nak dijadikan cerita kat sini aku sebenarnya sedih dgn pelajar kita (bkn semua) yang tak tau mengaji hatta bacaan dalam solat pun tergagap-gagap.. Apa yang dihafal waktu kanak-kanak dulu ja yang masih melekat dlm hati (tu pun kalo melekatla) Ada jugak yang langsung tak kenal huruf disebabkan dek lamanya meninggalkan Al-Quran.. Mungkin Al-Quran ada di rumah/ di bilik tapi sekadar perhiasan atau dipegang ketika takutkan 'hantu' saja.. Bak kata pepatah melentur buluh bermula dari rebungnya.. Masih belum terlambat jika individu yang disebutkan ni masih mahu belajaq.. Semoga pintu hati yang tertutup dgn kegelapan ni kembali terbuka dgn sinaran nur Al-Quran..

Tuesday, October 27, 2009

PeNdiDiK..

Walau mcm mana penatpun.. Walau 'boring betol'.. Walau tarak idea.. Aku sbg pendidik kena jugak mengharungi cabaran ni.. Mendidik tanpa jemu.. Tak menghiraukan penat.. Dan berusaha mengorek idea2.. Akhirnya sampai jugak ke penghujung sem huhu ceria berpesta.. MERDEKA!!