Monday, February 22, 2010

Ajal

Lena malam dikejutkan dgn satu sms yg berbunyi "Salam ustazah, kawan kita yg bernama.... telah kembali ke rahmatullah pg tadi".. Dek kerana mata yg teramat berat aku tak sempat membalasnya.. Pagi2 esoknya baru teringat nak tanya, sakit apa kawan kita tu.. Jawab student tu "Kemalangan jam 8 pagi semalam".. Setiap yg hidup pasti merasai mati.. daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.. Al-fatihah buat arwah Noraizat bin Mohd Nor (pelajar PTSS program DKM) yg telah kembali kepadaNya pd 20 Febuari 2010..

Wednesday, February 10, 2010

PaNas

Lama tak menjengah ke laman ni.. Agak sibuk ngan student2.. Dan dalam cuaca yg agak panas terik otak pun tak dapat berfikir dgn tenang.. so.. utk jd blogger yg aktif dlm cuaca mcm ni agak susah bg aku.. Rehat yg agak lama.. Tahap kepanasan yg mcm ni menghalang byk aktiviti tak kira la fizikal atau mental.. Mcm2 penyakit yg singgah.. Sakit kepala, sakit tekak dan sakit2 yg lain.. Namun aku tabik ngan insan2 yg tak kering idea walaupun rumput dan dedaunan kering nan berguguran.. Teruskan usaha anda duhai teman..

Thursday, January 28, 2010

BAHAYA SIFAT GOPOH


Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu baik buruknya. Akhirnya banyak tersalah.

Mudah sahaja memotong cakap orang, orang tersinggung, banyak orang benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa perpecahan yang lebih besar lagi.

Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.

Mudah menuduh atau menghukum, akibatnya selalu sahaja tersalah. Banyak orang yang terfitnah dengan sebab kegopohan itu. Teraniayalah orang itu.

Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, menyerang dan membunuh orang. Timbullah kerosakan dari kejahatan dalam masyarakat. Selepas itu akan berlaku dendam-mendendam.

Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu padahal malu itu menghilangkan maruah kita. Hilang wibawa kita. Hilang keyakinan diri.

Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk dan mudah putus asa.

Orang yang gopoh melainkan tidak tenang hidupnya kerana selalu sahaja tersalah, tersilap, terlajak, tersasul yang merugikan dan menyusahkan hati.

Dengan sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatu kerja tanpa mengkaji lebih dahulu. Bahkan mudah sahaja meninggalkan sesuatu kerja itu. Lebih-lebih lagi bila terasa kerja itu susah dan berat iaitu kerja akan terbengkalai dalam kehidupan.

Dengan sifat gopoh yang ada pada seseorang itu, orang lain tidak suka berkawan. Orang takut berkawan kerana ada kalanya dia bertindak melulu dan tidak berdisplin.

Sifat gopoh mudah bertukar fikiran. Mudah mengubah sikap. Mudah bertukar prinsip. Mudah dihasut. Sifat gopoh itu selalu sahaja membuat seseorang menyesal tak sudah.

Gopoh termasuk akhlak yang buruk, perangai yang hodoh. Budi pekerti yang pelik, dibenci oleh Allah, Rasul dan seluruh makhluk.

Sifat gopoh itu pada seseorang mudah atau cepat menolak kebenaran yang dibawa oleh orang lain tanpa fikir panjang, tanpa kaji dan selidik. Sifat gopoh yang tidak dapat dikekang lagi dan dikawal, menjadikan seseorang itu hilang sabar atau menjadi orang yang tidak sabar terutama bila diuji dengan nikmat mahupun kesusahan.

Sunday, January 24, 2010

TeraSa Ati...

Di awal minggu kuliah ni aku dikejutkan dgn penyakit terasa ati.. Taktau pasaipa tiba2 jd sensitif plk.. Dgn bdk2 no problem sbb sem ni student aku sume baik2 belaka.. Harap2 depa bagi kerjasama hingga ke akhir sem la hendaknya.. Aku jd tertanya2 sbb apa perasaan aku mudah tersentuh dgn kata2 sinis yg biasanya cuma dianggap gurauan.. Hati manusia kan... Aku juga manusia biasa yg punya perasaan.. Kenapa individu2 tersebut dgn sewenang-wenangnya mengeluarkan kata2 yg meluluhkan hatiku.. adus sakitnya.. Tp aku tetap aku yg cuba menyembunyikan perasaan kurang senang... Semua yg berlaku ni mengajar aku supaya lebih berhati-hati di dalam bersuara.. Berfikir sblm berkata-kata..