Tuesday, August 4, 2009

PeSaNaN DaRi SeOraNg AyaH

Anakku,
Kau adalah hamba.. Kau mulakanlah hidup dengan bisikan niat yang tulus ikhlas bahawa dalam setiap gerak denyut hidup ini lahir dan batin semuanya teruntuk hanya kepada zat yang menjadikan hidupmu.
Anakku,
Ingatlah statusmu cumalah seorang hamba berperanan sebagai wakil Allah untuk menjalankan undang-undang Allah di muka bumiNya ini. Hambakan dirimu kepada setiap suruhan Allah dan jangan hambakan diri kepada nafsu. Untuk itu kau mesti miliki rasa kehambaan di setiap detik hidupmu. Mintalah kepada Allah supaya direzekikan kau hati seorang hamba. Malanglah kamu kalau hatimu lalai dari sifat ini.
Anakku,
Kau tentu tahu bahawa nafsumulah yang merosakkan hidupmu. Kau hanya akan selamat kalau berjaya terhadap nafsumu. Kau wajib didik ia sampai menjadi mutmainnah (iaitu nafsu yang akan menjadikan kamu tenang) tidak lagi keluh kesah, gelisah, gopoh-gapah, mudah melenting dan tidak bahagia. Adapun caranya mendidik nafsu yang terpenting ialah zikir.
Anakku,
Sesungguhnya zikir yang agung ialah ibadah sembahyang. Sembahyang secara faham tentang keagungan cinta Allah kepadamu. Sembahyang yang membawa kau mikraj kehadrat Allah, hingga kau benar-benar rasa hamba lalu menghambakan seluruh hidup kepadaNya. Dengan itu nafsumu akan dapat dijinakkan. Jadilah dia dengan perlahan-lahan mutmainnah. Dia tidak lagi mengganggumu dengan sombong, riak, bakhil, gelisah, gopoh-gapah, cinta dunia dan segala sifat mazmumah. Kau akan jadi hamba yang taat. Waktu itu kau akan mampu membawa rasa kehambaan ke mana-mana. Maka jadilah kamu anakku benar-benar seorang hamba Allah.

No comments:

Post a Comment