Thursday, January 28, 2010

BAHAYA SIFAT GOPOH


Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu baik buruknya. Akhirnya banyak tersalah.

Mudah sahaja memotong cakap orang, orang tersinggung, banyak orang benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa perpecahan yang lebih besar lagi.

Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.

Mudah menuduh atau menghukum, akibatnya selalu sahaja tersalah. Banyak orang yang terfitnah dengan sebab kegopohan itu. Teraniayalah orang itu.

Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, menyerang dan membunuh orang. Timbullah kerosakan dari kejahatan dalam masyarakat. Selepas itu akan berlaku dendam-mendendam.

Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu padahal malu itu menghilangkan maruah kita. Hilang wibawa kita. Hilang keyakinan diri.

Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk dan mudah putus asa.

Orang yang gopoh melainkan tidak tenang hidupnya kerana selalu sahaja tersalah, tersilap, terlajak, tersasul yang merugikan dan menyusahkan hati.

Dengan sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatu kerja tanpa mengkaji lebih dahulu. Bahkan mudah sahaja meninggalkan sesuatu kerja itu. Lebih-lebih lagi bila terasa kerja itu susah dan berat iaitu kerja akan terbengkalai dalam kehidupan.

Dengan sifat gopoh yang ada pada seseorang itu, orang lain tidak suka berkawan. Orang takut berkawan kerana ada kalanya dia bertindak melulu dan tidak berdisplin.

Sifat gopoh mudah bertukar fikiran. Mudah mengubah sikap. Mudah bertukar prinsip. Mudah dihasut. Sifat gopoh itu selalu sahaja membuat seseorang menyesal tak sudah.

Gopoh termasuk akhlak yang buruk, perangai yang hodoh. Budi pekerti yang pelik, dibenci oleh Allah, Rasul dan seluruh makhluk.

Sifat gopoh itu pada seseorang mudah atau cepat menolak kebenaran yang dibawa oleh orang lain tanpa fikir panjang, tanpa kaji dan selidik. Sifat gopoh yang tidak dapat dikekang lagi dan dikawal, menjadikan seseorang itu hilang sabar atau menjadi orang yang tidak sabar terutama bila diuji dengan nikmat mahupun kesusahan.

2 comments:

  1. erk... macam terkene batang idung lak..... dua entri yg hampir sama.... kritikal ni... saya mintak mahap banyak2 la cik fiz kalau saya lah orang yg dimaksudkan....

    ReplyDelete
  2. takda kena mengena ngan teman seperjuangan.. maaf seandainya mengguris ati huhu

    ReplyDelete