Sunday, August 9, 2009

SaKit..

Sakit.. Menyakiti.. Disakiti.. Penyakit.. Mana satu yg paling digeruni?? Dan sengsarakah kita melihat penderitaan org lain.. Aku.. Diriku.. Hatiku dan Jiwaku tidak rela disakiti.. Tidak mahu menyakiti.. Tidak suka sakit.. Dan mintak dijauhkan dari penyakit.. Namun jika telah ditakdirkan Allah tiada siapa dapat menolaknya pergi jauh walau seinci..

Thursday, August 6, 2009

Zaman Ria Kanak2

Ramai yg berharap utk kembali ke zaman kanak2... Satu masa yg sentiasa menggembirakan... Apa yg difikirkan hanyalah keseronokan bermain dgn kawan2... Adakah kita juga begitu?? Tp zaman kanak2 memang best kan!! Kadang2 aku rasa rindu dgn masa dulu.. Bersama kwn2 yg kini entah ke mana menghilang...

Wednesday, August 5, 2009

Semangat Perjuangan Harmoni

Semangat perjuanganku kian hilang di bawa arus kebosanan.. Terlalu lama penantian yang harusku tempuhi.. Namun akan ku gagahi jua langkah kaki ini menuju ke destinasi yang satu itu.. Wah, terlebih sudah! Madah pujangga ni bukan berkaitan percintaan tapi tentang semangatku yg menunggu student.. hari demi hari berlalu tapi sampai ke hari ni belum bermula lg kelas.. Isnin daftar kamsis, Selasa perjumpaan dgn PA dan hari ni pendaftaran kursus.. Rasa mcm dah hilang semangat yg berkobar-kobar nak mulakan kelas.. Benarla kata orang 'penantian satu penyiksaan'.. Semoga semangat perjuanganku kembali mekar subur mewangi persis harumnya bunga-bungaan...

Tuesday, August 4, 2009

PeSaNaN DaRi SeOraNg AyaH

Anakku,
Kau adalah hamba.. Kau mulakanlah hidup dengan bisikan niat yang tulus ikhlas bahawa dalam setiap gerak denyut hidup ini lahir dan batin semuanya teruntuk hanya kepada zat yang menjadikan hidupmu.
Anakku,
Ingatlah statusmu cumalah seorang hamba berperanan sebagai wakil Allah untuk menjalankan undang-undang Allah di muka bumiNya ini. Hambakan dirimu kepada setiap suruhan Allah dan jangan hambakan diri kepada nafsu. Untuk itu kau mesti miliki rasa kehambaan di setiap detik hidupmu. Mintalah kepada Allah supaya direzekikan kau hati seorang hamba. Malanglah kamu kalau hatimu lalai dari sifat ini.
Anakku,
Kau tentu tahu bahawa nafsumulah yang merosakkan hidupmu. Kau hanya akan selamat kalau berjaya terhadap nafsumu. Kau wajib didik ia sampai menjadi mutmainnah (iaitu nafsu yang akan menjadikan kamu tenang) tidak lagi keluh kesah, gelisah, gopoh-gapah, mudah melenting dan tidak bahagia. Adapun caranya mendidik nafsu yang terpenting ialah zikir.
Anakku,
Sesungguhnya zikir yang agung ialah ibadah sembahyang. Sembahyang secara faham tentang keagungan cinta Allah kepadamu. Sembahyang yang membawa kau mikraj kehadrat Allah, hingga kau benar-benar rasa hamba lalu menghambakan seluruh hidup kepadaNya. Dengan itu nafsumu akan dapat dijinakkan. Jadilah dia dengan perlahan-lahan mutmainnah. Dia tidak lagi mengganggumu dengan sombong, riak, bakhil, gelisah, gopoh-gapah, cinta dunia dan segala sifat mazmumah. Kau akan jadi hamba yang taat. Waktu itu kau akan mampu membawa rasa kehambaan ke mana-mana. Maka jadilah kamu anakku benar-benar seorang hamba Allah.