Friday, July 31, 2009

MaTi KuTu..

Aku mati kutu ka mati kutu aku hehe yg pastinya aku xda kutu ek (jgn tuduh2 tau).. Kering idea dah aku nak ngajar TW ni.. Maklumla dia sorang2.. Kalo aku or dia tak faham apa yg nak disampaikan, terpaksala abaikan aja coz xda sumber nak ditanya.. Tak banyak aktiviti yg bleh dibuat.. Aktiviti kumpulan lagi la xbleh buat sb aku ngan dia ja yg ada huhu.. kpd kwn2 yg ada idea apa aktiviti menarik yg aku bleh aplikasi dlm mengajar Pendidikan Moral pelajar istimewa ni, bolehla cadangkan kat sini.. Segala cadangan dan keprihatinan anda amatlah dihargai..

Thursday, July 30, 2009

GeRaMnyaaa..

Sekadar nak meluahkan apa yang terbuku di hati.. betul la kata kawan aku 'clear water jgn disangka no boya'.. aku memang geramla dgn kejadian yg menggemparkan ni.. sungguh tak disangka madu yg ku beri dibalas dgn racun berbisa.. dlm baik2 rupanya ada kejahatan yg terselindung.. mmg aku takkan pandang lagi individu yg menjadi suspek utama tu (bkn berdendam tapi berhati-hati spy tak berlaku kejadian buruk) apatah lagi nak berbicara mmg jauh panggang dari api (betoi dak taktau penggunaan ni) nak repot kat sapa pun taktau sb takda bukti dan saksi.. aku cuba menyiasat dan 'redi' nak snap gambaq time dia dok wat keja jahat tu tp tidak kesampaian.. sudahnya berlaku la insiden malang tak berbau tu.. Memang geram sesangat.. kalo aku dapat tangkap suspek tu mmg nahasla aku kerjakan (cewah mcm ahli pencak silat pulok).. Apapun aku berserah pada Allah.. Mesti ada hikmah tersembunyi di sebalik tiap kejadian.. dan Allah Maha Berkuasa untuk menghukum kesalahan yg dilakukan..

Kasih Sayang.. Kekayaan.. Kejayaan

Seorang wanita keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua yang tidak dikenali sedang duduk di halaman rumahnya. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu. "Adakah suami awak ada di rumah?" mereka bertanya. "Tidak" wanita itu menjawab. "Suami saya telah keluar." "Jadi kami tidak akan masuk" mereka berkata. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" mereka menjawab. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan" dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang. "Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah. "Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan! "Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya: "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!". "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita. "Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua tadi, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami. "Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Wanita itu terperanjat, lalu bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali? "Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu di luar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

TeRuJaNya...

Tak sabaqnya aku menanti student lama masuk.. teruja sgt nak mulakan kelas setelah lama berehat.. persediaan telah aku buat (walaupun tak berapa nak complete lg) hehe.. tajuk tugasan pun telah difikirkan.. borang hafazan pn dah siap.. nama student dlm kelas pn aku dah semak (maybe ada yg dah berhenti or tangguh nanti aku semak semula).. format pemarkahan pn dah disediakan.. nota nak ngajar pun dah ada.. ada apa2 lg tak yg aku tertinggal?? kawan2 bleh tolong fikirkan dak hehe (tolong! tolong!)

Tuesday, July 28, 2009

PeTaNg yg DaMai..





Ada sapa2 tau tak kat mana ni?? hehe tempat ni tak jauh sgt dari tempat aku bekerja.. Petang kelmarin Isnin 27 Julai, aku tak tau ke mana nak dituju tiba2 teringat plk satu tempat yg aku pernah berkunjung ngan kwn2..
.
.
.
.
tarra
.
.


Inilah tempat yg dimaksudkan.. banyak perubahan yg dah dilakukan.. sempena Perlis maju 2015 kot.. Ada yg tertanya-tanya ka aku pi ngan sapa?? 'jgn buat andaian sendiri' hehe aku p ngan sepupu aku 'anak kepada adik ayah aku' (kalo nak sebut tergeliat jgk lidah aku ni).. Mungkin disebabkan bkn hari minggu so tempat ni takla ramai org.. aman ja... Ada pakcik2 n abe2 kaki pancing n budak2 yg sibuk berbasikal (kat tempat aku dipanggil gerek)..
Bagi sapa2 yg minat memancing blehla bertapa kat sini tp aku tak syorkan sgt sbb aku tgk ikan yg depa dapat tu adala sebesaq 3 jari aku ni (kecik ja hehe).. Memang tak berbaloi..

Monday, July 27, 2009

Di MaNaKaH KaMi?

Walaupun bahang matahari terasa namun tak menghalang keinginan untuk mengabadikan saat2 indah.. hehe indah kan??

Berbumbungkan atap kaler merah dan berlantaikan simen yg juga merah menjadi saksi berpijaknya aku di tempat ini.. (kat mana ni ek??)

Ladang tebu yang terbentang luas..


Kehijauan yg mempesonakan mata..mendamaikan jiwa.. dan menenangkan gundah gulana..

Terbentang luas keindahan alam ciptaan Allah..

Entah apa yg direnungkan sahabatku sorang ni.. Ni la kot yg dinamakan termenung jauh..


Aku cuba utk termenung jauh jgk mcm org tu.. Tapi menungan aku takla sejauh dia.. Inilah yg dinamakan lamunan terhenti..
Indahnya ciptaan Allah jika kita betul2 menghayatinya..

YaNg TeRsiRaT..


Fikir sejenak: Bersyukurkah kita dgn apa yg dimiliki??



Fikir sejenak: Pernahkah kita memikirkan kesengsaraan insan lain dan cuba menghulurkan bantuan seboleh yg mungkin??




Fikir sejenak: Masihkah kita leka dgn nikmat yg dikurnia?? Semoga kita tergolong dlm kalangan org yg bersyukur padaNya..


TaZkiRaH

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a berkata:
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israkkan...
  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH memberi minum hingga ia merasa puas.
  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
  7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
  8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

KeMaTiaN

Berita kematian seorang pengarah terkenal tanahair baru-baru ni telah mengejutkan ramai orang.. Namun bagi insan yg sering mengingati mati mungkin tidak langsung terkejut.. Bukan kematian pengarah tersebut yg ingin aku ulas di sini.. tapi mengenai kematian yg menjemput tanpa diduga.. Kadangkala kita leka dengan kesibukan dunia hingga terlupa tentang kematian yg bakal menjemput bila2 masa saja tanpa diundang.. Orang yg sihat walafiat tiba2 bleh jatuh pengsan lalu koma dan meninggal.. Orang yg sihat sejahtera dan bersuka ria tiba2 mengalami kemalangan dan cedera parah lalu maut menjemput.. Adakah aku merasa takut untuk mati?? Cukupkah amalan yg aku ada sebagai bekalan di hari akhirat?? dan mcm2 lg persoalan yg timbul.. kisah di alam kubur.. cerita titian sirat.. gambaran syurga dan neraka.. dan kematian... setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya.. aku berfikir dgn lebih mendalam..

Saturday, July 25, 2009

sambungan 2- ISRAK & MIKRAJ

Selesai Munajat

Rasulullah s.a.w dibawa menemui Nabi Ibrahim a.s, kemudian Nabi Musa a.s yang kemudiannya menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah s.a.w turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis, lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu. Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi s.a.w langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik sahaja Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat dan kekuasaan Allah, telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda s.a.w.
Mafhum Firman Allah: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Isra': Ayat 1)
TAMAT

MeNyeLit JuGaK


Sardin-roll ni tumpang nak menyelit jugak.. biaq tempat ni penuh dgn makanan..

Friday, July 24, 2009

MuRaH ReZeKi..


Semoga Allah murahkan rezeki hambaNya yg rajin bersedekah ini.. amin..

CuBa TeKa


Cantik tak? (dgn nada riang mcm iklan glamor dlm tv yg kata 'betul tak').. Ada sapa2 tau apekebendenye ni hehe.. boleh teka (kpd kawan aku yg suka main teka-teki).. bukan nak menunjuk tapi saja nak tunjuk hehe.. Aku beli dr teman opis yg glamor dgn nama Hanz.. Harganya jeng3 biarlah rahsia spy susah sikit org nak agak apekebendenye ni..

sambungan ISRAK & MIKRAJ

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama: Rasulullah s.a.w dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk.
Langit Kedua: Nabi s.a.w dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa a.s dan Nabi Yahya a.s.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat bertemu dengan Nabi Idris a.s
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa a.s Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa dihisab.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah s.a.w, Nabi Ibrahim a.s bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya..

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah dengan mata kepala Baginda, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah: Ya Muhammad.. Rasulullah: Labbaika.. Allah: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sopak dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.. Allah: aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang..
bersambung...

Thursday, July 23, 2009

TeRiMa KaSeH CinTa..


Fuh pedas.. sedap.. Inilah dia makan petang yg dipos oleh jiran atas rumahku.. macam tau2 ja aku lapaq.. Tapi kali ni aku heran sikit sebab masakan dia pedas.. Tak pernah2 dia masak pedas-medas (salah eja kot ni) tiba2 ja hari ni lain pulak.. Sepanjang aku kenal dia ni, tak pernah pulak dia sentuh (makanla maksudnya tu) makanan pedas2 walaupun pedas sikit yg teramat.. Mungkin ada apa2 kot... wait n c hehe

WASIAT IMAM SYAFIE

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.
  1. HAK KEPADA DIRI: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
  3. HAK KEPADA KUBUR: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT): Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
  6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT): Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  7. HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA): Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
  8. HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA): Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  9. HAK KEPADA NABI s.a.w: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
  10. HAK KEPADA ALLAH: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

ISRAK & MIKRAJ – untuk renungan bersama

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah s.a.w mengalami pembedahan dada/ perut dan ianya dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda s.a.w dicuci dengan air zamzam dan dibuang ketul hitam yang dinamakan 'alaqah iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w. Setelah itu, dada Baginda s.a.w dijahit dan dimeterikan dengan 'khatimin nubuwwah'. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah s.a.w dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' itu.
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah s.a.w diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibril dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  • Negeri Thaibah (Madinah): tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  • Bukit Tursina: tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah
  • Baitul-Laham: tempat Nabi Isa a.s dilahirkan

Antara peristiwa-peristiwa simbolik yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w semasa israk:

  1. Kaum yang sedang menanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad 'Fisabilillah' yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/ suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela dan menghina) orang.
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril: Itulah orang yang bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia.
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah s.a.w tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan anbia' dan mursalin menjadi makmum.

Bersambung...

Wednesday, July 22, 2009

GoReNg PiSaNg PaNaS

Jeng..jeng..jeng.. ini dia hasil mahsul dari pisang tempoh hari.. maka kenyanglah perut gerangan yang menjamahnya.. Walaupun pisang tu dah masak ranum tp aku jadikan jgk sebagai cucuq pisang.. Bleh dimakan lagila pendek kata..

Tuesday, July 21, 2009

CuCuQ JaGuNg vs SpaGheTi


Inilah dia hasil yang didapati daripada jagung pemberian nenekku.. cemkodok (nama yg diberikan oleh sahabatku) tapi di kampungku lebih sinonim dgn nama cucuq jagung.. cucuq jagung ni aku adun dgn ikan bilis+bawang+garam dan sedikit gula (kurangkan manis dlm makanan, tambahkan manis dlm senyuman) dan tidak lupa tepung gandum.. Aku biarkan adunan selama lebih kurang 2-3 jam supaya hasil yg didapati akan jadi lebih sedap (lebih lembut) Aku buat cucuq ni khas sebagai buah tangan utk bertandang ke rumah miss A yg menjemput aku makan malam di rumahnya.. banyak betul aku makan hari ni.. Miss A masak spagheti yg sedap sangat2.. sempat jgk aku bertanya berapa lama dia kat oversea hehe.. terima kaseh daun keladi, lain kali nak makan lagi..

MaKaN pEtaNg TaJaaN


Nyum2 dah lama aku mengidam nak makan ayam percik ni.. Memang sedap sgt2.. Lain dari ayam percik yg selalu aku makan (takla selalu sgt hehe).. Bertambah sedap lagi sebab ia didatangkan khas dari jiranku enul (bkn nama sebenar).. dua ketul lagi tu macamla dia taktau aku dok sorang2.. tp takpa rezeki jgn ditolak.. tqvm my friend..

Gulai apa ni? Mesti kwn2 tertanya-tanya bila tengok sebab tak jelas apa isinya.. yang kelihatan hanyalah kuah aja hik3.. inilah dia gulai pemberian seseorang yang tak dapat aku nyatakan di sini.. biarlah rahsia (walaupun bukan lagi rahsia).. Inilah dia gulai daging yg dicampuq dengan kentang.. istimewanya gulai ni sebab ia diimport nun dari sana.. Alhamdulillah ada jugak orang ingat kat aku bab2 makan ni..


AkU CiNTa KaMu..

Aku cinta kamu… I love you… Tiga patah perkataan sahaja tapi sekiranya diucapkan kepada seseorang kesannya sangat mendalam. Perkataan ini akan membuatkan seseorang itu tergamam, mencebik atau tersenyum bergantung kepada situasi orang tersebut. Jika dia memang sedang menanti ungkapan ini dia akan tersenyum. Jika dia cinta tapi tidak pernah terfikir untuk mendengar ungkapan ini dia akan tergamam. Jika dia benci dan meluat dengan kita dia akan mencebik.

Ada yang suka dan sering mengucapkan ungkapan ini. Seolah-olah ungkapan ini seperti hanya rutin harian baginya. Ada yang terlalu sukar mengucapkannya, terkelu lidah seolah-olah diletakkan gam apabila cuba mengucapkannya. Bagi mereka ungkapan ini terlalu mahal harganya. Dan apabila mereka mengucapkannya mereka akan komited pada maksud ungkapan ini.

Ada juga yang hanya suka mendengar ungkapan ini daripada kekasih/suami/ isteri tapi tidak pernah mencuba untuk mengatakan “Aku juga mencintai mu” atau “I love you too” kerana bagi mereka senyuman itu sahaja sudah cukup sebagai jawapan. Janganlah begitu…setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan balasan pada ucapan cinta mereka. Senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna. Maka ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta. Jangan tangguh lagi kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita.

Monday, July 20, 2009

RezeKi Allah TeNtuKan


Sesikat pisang yang tak berapa nak masak.. dan aku masih belum fikirkan menu apa yg sesuai utk pisang ni.. kalo rajinku datang awal maka jadilah ia pisang goreng.. dan kalo malas yg bertandang terlebih dulu maka jadilah ia cekodok yg amat digemari jiran 'banglo' ku huhu



Jagung pemberian nenekku (yg aku panggil tok).. aku rasa cuti 3 hari ni memang berbaloi hehe.. sb aku dibekalkan dgn macam2 jenis makanan.. macamla aku tak pernah balik kg (tiap2 minggu aku jejakkan kaki di rumah kt kg).. tp kali ni aku sempat menjenguk tok (selalunya tok yg jenguk aku).. sempat jgk aku menjamu selera di rumah jiran aku yg buat kenduri arwah.. memang menyelerakan gulai daging kambing.. rezeki Allah tentukan..

CuTi-CuTi MaLaySia

Buah-buahan tempatan yg mengenyangkan perut sepanjang cuti tiga hari.. nyum3..




Nangka madu yg enak.. tiga ulas sempena cuti 3 hari hehe.. memang sedap hingga menjilat jari..

Friday, July 17, 2009

JaM KeDua

Masa berlalu begitu pantas.. Sampaila aku ke jam kedua utk meneruskan p&p dgn TW.. 5 minit sblm jam lapan aku dah melilau mencari student istimewa tu.. Melalui bahasa isyarat aku melambai kwn2nya yg sibuk berbincang (sb tangan depa ligat bergerak).. Melihatkan isyarat tanganku yg bertanyakan TW mereka segera memanggil (tanpa suara) rakan mereka yg sedang leka bercerita.. Pagi yg penuh bersemangat dan dia pun segak dgn baju barunya (menurut pendapat rakanku yg sudah bergelar puan).. Bermulalah sesi p&p kami yg penuh bermakna.. Dia kadangkala membetulkan isyarat tanganku yg salah hehe (berkali-kali aku habaq yg aku ni baru belajar n dia tersenyum).. Bertambah jgkla ilmu aku hari ni.. Terima syukur (aku pinjam ayat seseorang yg dipanggil pokda)..

Thursday, July 16, 2009

CiNta MeNciNtAi KiTa

CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja..
...wah!! terlebih sudah..

Wednesday, July 15, 2009

Pengalaman Mendewasakan..

Seperti yg aku janjikan di episod yg lalu (haha samarinda yg aku arahkan sendiri) aku akan canangkan pd semua rakan taulan.. Bermulalah sudah sesi aku membawa buku dan pen ke bilik kuliah.. jeng jeng jeng dgn berdebaqnya aku membawa diri mencari anak didikku yg istimewa tu.. aku mendaki tangga ke tingkat tiga mencari seorang shj (1 org shj) pelajar moral yg akan aku didik (tak taula samada aku didik dia atau dia yg akan mendidik aku hehe).. ku halakan pandangan ke bawah dan ternampakla sekumpulan pelajar istimewa.. tak syak lg bhw dia yg aku cari ada bersama kwn2nya yg comei2 belaka (moleknya ciptaan Allah).. terpaksala aku turun kembali dari puncak kayangan utk memanggil dia (panggilan tanpa suara, hanya isyarat menjadi penghubung bicara).. memulakan sesi bual bersamanya amat kekok ku rasakan.. aku kurang arif isyarat yg dia buat (saat ni la aku rasakan org bernama arif tu sgt bertuah).. namun dlm keterpaksaan aku mencuba juga sebaik yg mungkin.. akhirnya masa sejam yg aku luangkan bersama TW amat menyeronokkan (jgn gosip tau, ni antara cikgu n pelajar, x da maksud lain).. harap2 pasni aku akan berjaya memantapkan ilmu isyarat mengisyarat ni.. akhir kalam 'dia memang istimewa'..

Tragedi Cucuq Cempedak..



Di keheningan malam yg indah, aku terkulai layu di atas permaidani merah (cewah ayat ala2 pantun tak berkerat).. lenaku hampir diulit mimpi indah.. namun tiba2 aku dikejutkan dengan panggilan yg menggerudi telingaku.. aduh!! sakitnya telingaku.. panggilan yg begitu kejam hampir membuatkan aku pengsan.. namun ku gagahkan jua melangkah ke muka pintu.. setelah berkali-kali aku rebah.. akhirnya aku tersedar bahawa panggilan namaku itu datangnya dari suami kpd jiran yg menjadi rakan karibku (huhu panjang berjela..part ni yg paling susah aku nak sebut).. dgn lemahnya aku membuka pintu dan terpandanglah aku akan sebekas cucuq yg diletakkan di muka pintu.. huhu suara pemilik cucuq cempedak (sebesaq penumbuk) rupanya... aku ingatkan ada kecemasan yg memerlukan aku meluru keluar.. nasib baikla aku cepat menjadi waras.. inilah tragedi yg tak berapa nak tragedi.. tp memang sedap sgt2 cucuq cempedak pemberian jiranku itu..tqvm kpd pemberinya..

Thursday, July 9, 2009

HaRi SiLiH BerGaNti..


Buat pertama-tamanya aku mula nak menulis di blog kepunyaanku ini.. aku bukan tak berminat nak mengarang cuma risau jugak takot kengkawan ku geli hati bila baca.. kalo nak ikotkan banyak masa yang ada tp aku pun taktau kat mana masa aku tu hilang.. aku teringin jgk nak hias blog ni dgn madah2 pujangga mcm blog kwn2 yg lain.. alkisah nak dicerita hari silih berganti.. minggu berganti bulan.. akhirnya tamatlah sudah tempoh bersenang lenang ku.. bermulalah episod mencari buku dan bahan2 utk ditela'ah (ketaq2 kepala bak kata org tertentu).. dan bermulalah lembaran baru dlm hidupku(cewah suspen ja ayat).. Tugas mendidik ni amatla mencabar tambahan pulak sem ni aku diamanahkan utk 'memoralkan' seorang student istimewa yg aku rasa dah cukup bermoral.. tp demi tugas ku relakan jua aaww tak kuasa mak (dlm intonasi yg betol).. harap2 aku akan dapat menjalankan tugas dgn jayanya di samping menimba (membesen pn ok) ilmu yang berharga dr student istimewa ku itu.. wait n c la nanti aku akan canangkan pd semua..

Tuesday, July 7, 2009